SEKSYEN PERANCANGAN STRATEGIK DAN PENARAFAN

UNIT PERANCANGAN STRATEGIK

  • Merancang Pembangunan Pelan Strategik UniSZA (PSU).
  • Menggubal Pelan Strategik UniSZA (PSU).
  • Memantau pelaksanaan aktiviti PSU sebagaimana perancangan.
  • Melaporkan Perkembangan Pencapaian Pelan Strategik UniSZA secara suku tahunan kepada Pengurusan Tertinggi UniSZA.
  • Menganjurkan program kesedaran secara berkala bagi memastikan pemahaman, penghayatan dan penerimaan PSU di kalangan semua pemegang taruh UniSZA.
  • Mengurus, merancang strategi pencapaian KPI Kementerian (Hala Tuju KPT).
  • Memantau dan melaporkan pencapaian KPI Kementerian (Hala Tuju KPT).

UNIT PENARAFAN

  • Merancang Strategi Pencapaian Penarafan UniSZA (SETARA, QS Rankings, THE World Rankings, THE SDG Impact).
  • Menyelaras data bersama pemilik data dan penghantaran data mengikut kitar penarafan tahunan.
  • Memantau dan melaporkan pencapaian Penarafan UniSZA (SETARA, QS Rankings, THE World Rankings, THE SDG Impact).
  • Mengurus, merancang strategi pencapaian KPI Kementerian (OBB).
  • Memantau dan melaporkan pencapaian KPI Kementerian (OBB).

UNIT DATA STRATEGIK

  • Mengumpul, mengurus dan menganalisa data strategik mengikut pengoperasian definisi data yang diperlukan dan tepat untuk tujuan pelaporan dan salah rujukan dalam membuat keputusan strategik di universiti.
  • Memastikan kualiti data strategik yang dikumpulkan tepat, terkini dan sah.
  • Membangun dan menyediakan sistem penyimpanan dan pengurusan data strategik yang berkesan bagi memudahkan akses data oleh pihak yang berkepentingan.
  • Memantau dan melaporkan kecekapan penggunaan data strategik untuk membantu dalam pengambilan sebarang keputusan strategik.
  • Memberikan arahan dan sokongan kepada PTj dan fakulti mengenai amalan dan prosedur penggunaan data.
  • Memastikan bahawa Universiti mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan penggunaan data strategik.

Contact Us

Centre for Strategic Planning, Risk and Quality Management (SPaRQM)
Ground Floor Block B,
Universiti Sultan Zainal Abidin,
Gong Badak Campus,
21300 Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman, MALAYSIA

Tel No.: 09-819 8395
Email: spaqm@unisza.edu.my
Website: https://sparqm.unisza.edu.my/

Flag Counter